Friday, October 19

[4] by El

"argh.. geramnyer aku!!!" Khai menghempaskan tubuhnya di atas katil sebaik sahaja masuk ke bilik.

"pekehal la nasib aku hari ni?  dah la terlanggar si tiang pastu kempunan nak makan nasi beriyani gam semua pasal si tiang tu." Khai bermonolog sendiri sambil mengusap perut yang dah berkeroncong entah lagu pape.

"tiang lampu, tiang elektrik, tiang buruk mane pulak putri umi nie langgar?" sapa umi sambil mengusap bahu aku.

"eh eh celah mane pulak umi muncul nie? zaman bila pulak umi ada invisible power nie?" loyar buruk lak khai.  naseb baik la umi sporting.

"tu la suke sangat berkhayal sampai umi masuk pon x sedar..  pia ada masalah ke? tadi balik pon x menyempat salam umi terus masuk bilik.."

"err..  pia x salam umi ea..  ish ish ish nak jadi anak durhaka la pia nie..  hehehe..  meh meh pia salam umi extra peluk cium umi lagi taw.."

"amboi saje la tu nak ubah topic.." balas umi sambil tersenyum..

"x ada pape la umi..  pia ok je.. umi tengok pia still comey lg kan.." balas pia sambil buat gaya peace ala-ala korea konon comel sangat la kan.

"ok la kalau pia cakap camtu..  dah pergi mandi, solat pastu turun makan dengan umi ok sayang.."

"pia nak tidur kejap la umi..  kejap je kejap je..  mata pia nie dah macam kena gantung mesin basuh dah hah.. "

"haish..  macam-macam la pia nie.." balas umi sambil keluar meniggalkan khai keseorangan.

*****

"ikh masih hidup lagi..  x payah la papa nak risau..  ikh ada tugasan nie..  assalamualaikum.." x menyempat tekan end call ikhwan dah mencampakkan galaxy note nye ke tepi.

kalau boleh terjun bangunan dah lama dah ikhwan terjun kot..  serabut betul fikiran..  sejak pindah ke kampung nie ikhwan rasa life dia terasa kosong.

"nie semua salah papa..  kalau x kerana papa x ada la aku boleh tercampak kt hulu kampung nie..  dah lama bosan x ada ape yang menarik pastu bole pulak terserempak minah loyar buruk tu"  lepas ikhwan dalam keadaan geram.

baru je nak pejamkan mata galaxy note ikhwan menjerit lagu seize the day.. sungguh la mengganggu ketenteraman awam nk tidur..

"oit ikh..  tidur dah ke?'" terjah Eddy dihujung talian..

"waalaikumsalam bro.." sarkastik ikh membalas..

"opss..  maaap maap maap..  hehehe..  assalamualaikum bro.."

"owh pandai gak kau bagi salam..  ingatkan dah x twu tadi..  pehal bro?"

"oi oi oi..  agak-agak la kalau nak perli tu..  kau busy ke?"

"adoi kau nie cakap je la kau nak ape..  lau aku cakap aku busy pon dah tentu kau dah call pon..  pehal?  kucing kau nk beranak?" balas ikh selamba..

"xpe-xpe kucing aku dah beranak minggu lepas lagi..  nie aku nak mintak maap la pasal membe aku si khai tu tadi..  dia mmg macam tu tapi khai tu baik sebenarnye..  tapi entah kenape angin dia tadi pelik sket..  pms kot..  hahaha.." eddy kalau cakap mulut memang xde insurans.

"owh minah tu..  xde hal la beb..  lantak dia la.. pedulik hape aku.."

"eh tapi kan aku nak tawu gak pehal khai panggil kau tiang ek.?  pasai pa korang nie macam anjing ngan kucing aku tengok..  nak kata kenal x la pulak..  nak kata bekas kekasih lagi la x kan.." boleh tahan kepoh gak eddy nie.

"xde pape la..  minah tu je yang mental aku rasa..  orang dengan tiang pon dah x reti nak bezakan..  kau x payah la nak kepochi sangat mengalahkan minachi..  dah la weh aku nak tidur nie.. nyte bro..  assalamualaikum.." balas ikh ringkas.

"alamak kau nie ikh mengalahkan pompuan lak nak tidur awal..  fine la selamat beradu la bro..  waalaikumsalam.." eddy mengalah..

*****

"argh dah lambah dah lambat..  macam mane pulak boleh terleka x sedar bunyi loceng td.." khai terus meletakkan buku ke rak yang disediakan.

dalam tergopoh-gapah menghala kelas..

buk..

"hoi pompuan kau nie mmg jalan x reti nak tengok depan ke mmg jalan x pakai mata hah?" ikh melepaskan kemarahan..

"mmg la aku jalan x pakai mata sebab aku jalan pakai kaki.." balas khai sarkastik.

"hoi jangan nak loyar buruk!!! ape masalah kau keje nak langgar orang je?" ikh bertambah panas hati.

"ape hoi-hoi..  yang kau tu tiang keje nak berdiri tengah jalan dah kenape? duduk diam-diam kat tepi x boleh ke? menyemak alam kau tau..  dah la aku cau cincau dulu la tiang.." khai terus berlalu tanpa rasa bersalah..

dada ikhwan berombak turun naik menahan nafsu amarah yang bagaikan larva gunung berapi menanti masa untuk meletus..








No comments: