Friday, October 19

[4] by El

"argh.. geramnyer aku!!!" Khai menghempaskan tubuhnya di atas katil sebaik sahaja masuk ke bilik.

"pekehal la nasib aku hari ni?  dah la terlanggar si tiang pastu kempunan nak makan nasi beriyani gam semua pasal si tiang tu." Khai bermonolog sendiri sambil mengusap perut yang dah berkeroncong entah lagu pape.

"tiang lampu, tiang elektrik, tiang buruk mane pulak putri umi nie langgar?" sapa umi sambil mengusap bahu aku.

"eh eh celah mane pulak umi muncul nie? zaman bila pulak umi ada invisible power nie?" loyar buruk lak khai.  naseb baik la umi sporting.

"tu la suke sangat berkhayal sampai umi masuk pon x sedar..  pia ada masalah ke? tadi balik pon x menyempat salam umi terus masuk bilik.."

"err..  pia x salam umi ea..  ish ish ish nak jadi anak durhaka la pia nie..  hehehe..  meh meh pia salam umi extra peluk cium umi lagi taw.."

"amboi saje la tu nak ubah topic.." balas umi sambil tersenyum..

"x ada pape la umi..  pia ok je.. umi tengok pia still comey lg kan.." balas pia sambil buat gaya peace ala-ala korea konon comel sangat la kan.

"ok la kalau pia cakap camtu..  dah pergi mandi, solat pastu turun makan dengan umi ok sayang.."

"pia nak tidur kejap la umi..  kejap je kejap je..  mata pia nie dah macam kena gantung mesin basuh dah hah.. "

"haish..  macam-macam la pia nie.." balas umi sambil keluar meniggalkan khai keseorangan.

*****

"ikh masih hidup lagi..  x payah la papa nak risau..  ikh ada tugasan nie..  assalamualaikum.." x menyempat tekan end call ikhwan dah mencampakkan galaxy note nye ke tepi.

kalau boleh terjun bangunan dah lama dah ikhwan terjun kot..  serabut betul fikiran..  sejak pindah ke kampung nie ikhwan rasa life dia terasa kosong.

"nie semua salah papa..  kalau x kerana papa x ada la aku boleh tercampak kt hulu kampung nie..  dah lama bosan x ada ape yang menarik pastu bole pulak terserempak minah loyar buruk tu"  lepas ikhwan dalam keadaan geram.

baru je nak pejamkan mata galaxy note ikhwan menjerit lagu seize the day.. sungguh la mengganggu ketenteraman awam nk tidur..

"oit ikh..  tidur dah ke?'" terjah Eddy dihujung talian..

"waalaikumsalam bro.." sarkastik ikh membalas..

"opss..  maaap maap maap..  hehehe..  assalamualaikum bro.."

"owh pandai gak kau bagi salam..  ingatkan dah x twu tadi..  pehal bro?"

"oi oi oi..  agak-agak la kalau nak perli tu..  kau busy ke?"

"adoi kau nie cakap je la kau nak ape..  lau aku cakap aku busy pon dah tentu kau dah call pon..  pehal?  kucing kau nk beranak?" balas ikh selamba..

"xpe-xpe kucing aku dah beranak minggu lepas lagi..  nie aku nak mintak maap la pasal membe aku si khai tu tadi..  dia mmg macam tu tapi khai tu baik sebenarnye..  tapi entah kenape angin dia tadi pelik sket..  pms kot..  hahaha.." eddy kalau cakap mulut memang xde insurans.

"owh minah tu..  xde hal la beb..  lantak dia la.. pedulik hape aku.."

"eh tapi kan aku nak tawu gak pehal khai panggil kau tiang ek.?  pasai pa korang nie macam anjing ngan kucing aku tengok..  nak kata kenal x la pulak..  nak kata bekas kekasih lagi la x kan.." boleh tahan kepoh gak eddy nie.

"xde pape la..  minah tu je yang mental aku rasa..  orang dengan tiang pon dah x reti nak bezakan..  kau x payah la nak kepochi sangat mengalahkan minachi..  dah la weh aku nak tidur nie.. nyte bro..  assalamualaikum.." balas ikh ringkas.

"alamak kau nie ikh mengalahkan pompuan lak nak tidur awal..  fine la selamat beradu la bro..  waalaikumsalam.." eddy mengalah..

*****

"argh dah lambah dah lambat..  macam mane pulak boleh terleka x sedar bunyi loceng td.." khai terus meletakkan buku ke rak yang disediakan.

dalam tergopoh-gapah menghala kelas..

buk..

"hoi pompuan kau nie mmg jalan x reti nak tengok depan ke mmg jalan x pakai mata hah?" ikh melepaskan kemarahan..

"mmg la aku jalan x pakai mata sebab aku jalan pakai kaki.." balas khai sarkastik.

"hoi jangan nak loyar buruk!!! ape masalah kau keje nak langgar orang je?" ikh bertambah panas hati.

"ape hoi-hoi..  yang kau tu tiang keje nak berdiri tengah jalan dah kenape? duduk diam-diam kat tepi x boleh ke? menyemak alam kau tau..  dah la aku cau cincau dulu la tiang.." khai terus berlalu tanpa rasa bersalah..

dada ikhwan berombak turun naik menahan nafsu amarah yang bagaikan larva gunung berapi menanti masa untuk meletus..








Thursday, October 11

[3] by Tem

"Adoii lah tiang. Kenapa lah kau keras sangat. Sakit kepala aku." Khai menggosok-gosok kepala.

"Weh, kalau jalan pandang depan. Bukan pandang atas."

Ehh ehh. macam mana tiang boleh bersuara. Pengetua import tiang ni celah mana. Kepala di dongakkan ke atas. Ehh! Laa..orang rupanya.

"Lagi satu. Aku bukan tiang, harap maklum."

Ek enaa mamat ni. Apa kes perli-perli orang pulak. Aku pandang kiri kanan atas bawah apa. Sikit punya berhemah aku jalan. Kau yang badan macam batu punya keras. Makan apa tak tahu. Telan simen hari-hari ke apa.

"Sorry lah Encik Tiang. Ehh silap. Sorry lah sedare. Almaklumlah..rabun. Hehe." Sarkastik Khai menjawab.

"Aku ada nama lah weh. Nama aku Haziq Ikhwan. Suka hati kau je panggil aku tiang. Kau nak kena tiang betul-betul ke?" mencerun mata budak lelaki itu memandang Khai.

"Ada aku tanya nama kau? Takde kan takde kan? Ni negara demokrasi. Suka hati aku lah kan." Khai berlalu untuk menyempurnakan hajatnya yang terbantut. Sungguh lah aku anti dengan orang takde sivik ni. Aku minta maaf kira bagus apa. Tak masal hajat kena delay.

"Woii woii! Kalau aku jumpa kau lagi lepas ni. Siap kau!" Panas panas! First day kat sekolah dah macam-macam hal. Semua sebab papa. Kalau tak, takde aku kena pindah sekolah kampung macam ni. Huh!

*****

Kringg! Kringg!

"Hooyeah! Balik sudah!" Eddy menjerit. Gaya macam tak pernah balik lepas sekolah je budak ni. Mental tak sudah. Haih.

"Khai, lepak cendol jom? Aku belanja." Eddy kelip-kelip mata.

"Kau sakit mata ke Eddy. Jangan pandang aku. Nanti berjangkit."

"Kau kalau tak jawab tak perli aku tak sah kan Khai." Hah. Mula lah tu nak start buat gaya sedih dia. Ingat aku kesian ke. Langsung tak. Ceh!

"Tu hah, pergi ajak Yaya dengan Nawal sekali. Kau belanja.Nasi beriyani gam sekali. Make sure puding karamel jangan lupa." Khai terus berlalu. Dalam hati rasa nak gelak guling-guling. Bukan senang nak minta mamat tu belanja. Tengah orang offer kan. Jangan ditolak. Kecil tapak tangan, satu stadium aku tadahkan. Hahaha.

"Ceh kau. Demand tak sudah."



"Ehh, kau order betul-betul Eddy? Banyak duit kau weh?" Khai dah jaws drop. Menang loteri ke hape budak ni.

"Kentang lah kau Eddy. Kalau macam ni boleh lah nak belanje hari-hari." Nawal dah buat muka teruja.

"Serious aku sayang kau Eddy. Sungguh kau sahabat yang sangat baik." Yaya excited. Excited tengok makanan.

"Propa betul lah korang ni." Eddy dah menggeleng.

"Apa lagi. Bila nak open table ni. Aku dah lapar tahap giga dah ni." Khai dah gosok-gosok perut.

"Sabar lah Khai. Kau ni badan je kurus. Makan banyak tapi tak gemuk-gemuk. Tinggi melangit adalah." Eddy dalam puji ada perlinya. Bertuah punya kawan.

"Kau tunggu siapa lagi weh?" Yaya pun sama je lapar.

"Aku tunggu kawan aku lah. Dia tak pernah rasa makanan kat sini. Saja lah aku bawak dia datang sini."

"Kesiannya kawan kau. Tak pernah makan kat sini? Sini tempat paling famous kot. Hulu mana kawan kau duduk tuh." Khai menggeleng.

"Kau ni Khai. Kawan aku tu baru pindah sini. Kebetulan kat sini aku je yang dia kenal. Dia tinggal celah hulu KL tu hah. Hulu kan tempat tu kan kan." sarkastik Eddy menjawab. Cehh. Bangga sangat dengan KL tu. Bukan ada apa pun. Khai hanya mencebik.

"Ohh." Yaya dengan Nawal sama mengangguk.

"Assalamualaikum." satu suara menjengah. Khai macam pernah dengar suara ni. tapi di mana ye. Kepala lantas didongakkan ke atas.

"Macam mana ada tiang boleh berkata-kata kat sini pulak ni." Khai dah buat muka bosan.

"Eh budak ni. Sekali aku libas pakai jurus tok dalang ada yang mati katak kang ni." budak lelaki itu balas balik. Yaya, Nawal dan Eddy dah ternganga. Apa kes diorang ni. Masa bila diorang kenal.

"Woiii lek luuu. Ni apekehal nye korang ni? Masa bila korang buat sesi taaruf yang aku sebagai wali tak tahu menahu langsung? Hah? " Eddy menyoal.

"Zaman bila pulak kau jadi wali ni Eddy." Yaya dah buat muka. Nawal dengan muka blur. Khai masih dengan muka toya. Haziq Ikhwan pulak panas hati.

"Err zaman sekarang lah. Itu pun kau nak tanya lagi. Hah berbalik kepada soalan tadi. Korang dua ni kenal ke?" Eddy menyoal.

"Tak." serentak mereka menjawab. Khai pandang Ikh. Ikh pandang Khai. Mencerun mata mereka pandang masing-masing. Yaya dan Nawal dah geleng kepala. Tak faham dengan situasi yang berlaku.

"Kalau tak kenal yang korang dok gaduh-gaduh kenapa?" Eddy tak puas hati. Ni mesti ada benda diorang sorok dengan aku ni.

"Ehem. Aku ada satu cadangan." Nawal angkat tangan sambil berdiri.

"Kau dah boleh duduk dah kalau nak bagi cadangan pun. Ni tengah-tengah alam berdiri. Apa cadangan kau?" Yaya menyoal.

"Aku cadangkan kita makan dulu. Baru bincang balik." Nawal buat muka lapar. Masing-masing pun rasa begitu. Mungkin bila da makan, perut kenyang, hati suka. Maka? Boleh berfikir dengan waras.

"Tapi ni bukan aku yang belanja tau." serentak tiga kepala memandang Eddy.

"Habis tu? Siapa yang belanja?" Yaya menyoal dengan muka kelam.

 "Ikh yang belanja." Khai dah jaws drop. Terus hilang seleranya nak makan. Kalau mamat tu yang belanja. Kirim salam di angin lalu lah aku nak makan. Baik aku makan kat rumah. Umi masak lagi sedap. Khai dah berdiri nak pergi.

"Aku balik dulu lah. Jumpa korang esok. Bye!" Khai terus berlalu tanpa pusing ke belakang. Yaya pandang Nawal. Nawal pandang Yaya. Nak ikot Khai pergi ke tak. Tapi perut lapar. Yaya terus pandang Ikh.

"Ni kira kau belanja kitorang jugak ke apa?"

"Makan je lah. Lagipun makanan banyak ni." Ikh menjawab tanpa nada. Yaya dengan Nawal dah buat muka teruja. Eddy hanya geleng kepala. Pening fikir masalah Khai dengan Ikh.

"Terima kasih!" serentak Yaya dengan Nawal bercakap sambil tangan mencapai nasi beriyani gam.